Monday, 3 December 2012

Kenapa Yahudi mahukan Masjid Al-Aqsa??

                                     

                                Apa mahunya Yahudi dibawah Masjid Al-Aqsa??                                



                                              

                                      Pengalian di bawah masjid al-aqsa sedang dijalankan

Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa??
Pertama. Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup mencemaskan, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.



                               
                                   Penggalian yang merosakkan asas binaan masjid Al-Aqsa

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terang-terangan bahawa mereka ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk "membangkitkan semula "Temple of Solomon." iaitu Kuil Sulaiman.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.



                                                   

                   Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini.


                                       
                               mereka terlalu bangga dengan hasil kerja mereka ( gambar dibawah masjid)

Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung "Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

                                         
                                                                    Dome Of The Rock

Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.

                                               
                                                       ini Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya 


Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Apa yang ada di Masjid Al-Aqsa??? Mengapa Yahudi mahu menawan Masjid Al-Aqsa??

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa

Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman". Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berhubung berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin "baik" atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai "Knights of the temple of Solomon" (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.


Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawah kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa 'kuasa' itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai "Free Mason". Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat "all seeing eye" yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

                                         
                                                                           Tuhan RA



                                       
                                                        Tuhan Osiris (gambar duduk)


Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan "harta rahsia" ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu "Dajjal".

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal

1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama Jutaan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak "bermata satu". Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar "kedatangan" Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah "Master of Deception".

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya "tanah yang dijanjikan". Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?

Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan sama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.


                                  
                                                                 Replika Solomon's Temple 



Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.





PERHATIAN: Atas jasa baik saudara-saudari yang membaca.. DERMALAH SEMAMPU KALIAN DI "AMAN PALASTINE" Seperti di bawah...







BACALAH DENGAN HATI YANG BERSIH!! (kisah Perbezaan pendapat Ulama Syariat dan Ulama Hakikat)


kisah Perbezaan pendapat Ulama Syariat dan Ulama Hakikat

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa?? dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. selesai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawapan daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengahari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah Adakah Allah itu berkuasa dan sembahyang apa hukumnya?

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawapan yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun, akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”
Dan Katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu (pasti) lenyap."

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawapan sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”
 

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnah beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… (Didalam hati si pemuda merintih..)

“Ya Allah.. berapa ramai lagikah ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”


PESANANKU KEPADA PEMBACA: "ketahuilah, tidak ada ilmu hakikat yang menyuruh meninggalkan syariat.. kerana untuk mencapai kepada hakikat mestilah berSYARIAT.. jika ada orang hakikat yang menyuruh meninggalkan syariat, MAKA kalian jauhilah mereka dan IKUTI lah SYARIAT yang mulia.. kerana tidak ada seorang pun ulama hakikat yang meninggalkan SYARIAT yg mulia..."

Tuesday, 4 September 2012

HURAIAN BISMILLAH VERSI ILMU TAUHID (sifat 20)


HURAIAN BISMILLAH


Yakni yang mengandungi nilai pahala sunnah juga, bagi orang yang hendak mempelajari sebuah ilmu adalah agar mengenali sepucuk huraian Bismillah menurut ilmu yang akan di pelajari, kerana mengenal sepucuk huraian Bismillah adalah memenuhi hak Bismillah dan memenuhi hak Ilmu yang di pelajari, hak ilmu adalah harus membicarakan sepucuk bahasan Bismillah sesuai dengan ilmu tersebut, sedangkan hak Bismillah adalah sama sekali tidak meninggalkan membicarakan bahasan huraian Bismillah.

Saat ini kita hendak mempelajari ilmu Tauhid maka selayaknya kita terlebih dulu membicarakan sepucuk bahasan Bismillah sesuai dengan ilmu Tauhid.

 
Maka kami katakan bahawa huruf Ba pada permulaan kalimat Bismillah adakalanya mengandungi erti kebersamaan dengan Allah dari sisi memohon keberkahan dengan menyebut nama Allah, adakalanya juga mengandungi erti memohon pertolongan pada Dzat Allah dengan menyebut nama Nya, dan tidak terlarang memohon pada nama Allah swt sebagaimana memohon pertolongan pada Dzat Nya.
 
Dan yang paling utama adalah menafsirkan erti huruf Ba tersebut dengan erti kebersamaan dari sisi memohon keberkahan dengan menyebut nama Allah swt. Atau dengan erti memohon pertolongan pada Dzat Allah, kerana memohon pertolongan pada nama Allah adalah perbuatan tercela.


Kerana memohon pertolongan adalah masuk pada penggunaan alat, seandainya memohon pertolongan itu pada nama Allah, maka nama Allah dijadikan sebagai alat yang memungkinkan maksud pada selain Allah, bukan tujuan pada Dzat Allah swt.

Memungkinkan bermaksud atau bertujuan memohon kepada selain Allah adalah terlarang dan menimbulkan kekufuran.

Kecuali apabila diucapkan, bahawa menjadikan erti huruf Ba dengan memohon pertolongan pada nama Allah swt, adalah kerana melirik ke sisi lain, yaitu melirik pada pengakuan alasannya, bahawa perbuatan yang hendak dilakukan seiring membaca Bismillah adalah tidak sempurna kecuali dengan menyebut nama Allah.
 
Akan tetapi pengakuan alasan ini seperti inipun masih rentan menimbulkan dugaan yang salah hingga berakibat kekufuran yang selalu ada kerananya.

Kesimpulannya bahawa huruf Ba tidak boleh di ertikan memohon pertolongan kepada nama Allah swt, akan tetapi sesungguhnya memohon pertolongan itu adalah pada Dzat Allah swt, bukanlah pada nama. 
Makna huruf Ba dari sisi isyarat yang terkandung di dalamnya adalah Allah swt berkata, "Olehku telah terjadi sesuatu telah terjadi, olehku pula akan terjadi sesuatu akan terjadi" dari erti ini huruf Ba merupakan petanda dari semua unsur aqidah, kerana sesungguhnya yang di maksudkan dari aqidah itu adalah:

 
"Olehku (Allah) telah terwujud sesuatu yang telah terwujud, olehku pula akan terwujud sesuatu yang akan terwujud".
 
Tidaklah huruf Ba mengandungi makna Isyarat seperti demikian, kecuali makna Isyarat tersebut terdapat pada Dzat yang memiliki sifat sempurna serta tersucikan dari sifat-sifat yang kurang, sebagaimana kandungan makna seperti itu di tetapkan oleh para Ulama-ulama tafsir.

Kalimat "Ismu" pada Bismillah menurut Ulama-ulama kota Bashroh (Iraq) adalah di ambil dari kalimat"sumwun" ertinya tinggi, kalimat Ismu tidak di ertikan selain makna tinggi kerana makna tinggi memberikan petanda Maha Tinggi yang di sebutnya yaitu Allah swt.
 
Nama Allah adalah sebuah nama pada Dzat yang wajib wujudnya, Dzat yang paling berhak mendapat segala pujian.
 
Kalimat "Arrohman Arrohiim" adalah dua buah sifat Allah yang di ambil dari kata "Arrohmah"ertinya pemberi kebaikan, kedua kalimat tersebut tidak di ertikan dengan makna "Arrohmah" yang sesungguhnya yaitu kasih sayang dari dalam hati yang menimbulkan memberi penghormatan dan kebaikan pada yang di sayanginya, kerana Kasih sayang timbul dari lubuk hati, Mustahil bagi Allah swt, Allah tidak memiliki Hati.


Makna "Arrohman Arrohiim" di hak Allah swt adalah Dzat pemberi kebaikan ata Dzat Yang menghendaki kebaikan.
 
Akan tetapi makna lafaz "Arrohman" dalam Bismillah adalah dengan erti Dzat pemberi nikmat-nikmat besar sedangkan makna lafaz "Arrohiim" adalah pemberi nikmat-nikmat kecil, dan lafaz Arrohman didahulukan dari lafaz Arrohim kerana biasanya bentuk besar menandakan erti yang besar pula, bentuk atau jumlah huruf "Arrohman" lebih besar atau lebih banyak dari pada jumlah huruf "Arrohiim".


Demikian huraian singkat pembahasan Bismillah menurut ilmu Tauhid, semogo bermafaat. Allah mengetahui segalanya.

Monday, 3 September 2012

PENJELASAN ULAMA "ASWJ" TENTANG TAUHID 3(WAHABI)


Pembahagian Tauhid kepada 3 bahagian

Soalan: Apakah pandangan ulama' tentang Pembahagian Tauhid kepada 3 iaitu: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' wa Sifat?
Jawapan: Soalan ini telah dijawab oleh pihak Darul Ifta' Mishriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir).

Fatwa dari Darul Ifta' Mishriyyah (Pusat Republik Mesir)Fatwa ini adalah menjawab persoalan tentang Pembahagian Tauhid, Tawassul dan Tabarruk.

No siri: 6623, Tajuk: Sekitar Pembahagian Tauhid dan Hukum Mengkafirkan orang-orang Islam, Tarikh: 3/2/2007
Soalan: Kami telah mengkaji permintaan yang berkaitan pada no. 184, bagi tahun 2007M yang mengandungi:

Terdapat seorang pemuda di salah sebuah perkampungan di Al-Bahirah yang mengkafirkan semua penduduk dengan hujah bahawa mereka bertawassul dengan Nabi saw dalam doa kepada Allah swt, mengambil barakah dengan menziarahi makam Sayyiduna Husain. Dia mendakwa bahawa sesiapa sahaja yang melakukan seperti itu, termasuk di dalam orang-orang yang syirik yang beriman dengan Tauhid Rububiyyah tetapi tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyyah. Adakah ada jeni-jenis Tauhid? Adakah orang-orang yang syirik mengakui Tauhid Rububiyyah? Adakah bertawassul dengen Nabi saw dan mengambil barakah dengan menzairahi makam-makam para wali di kira sebagai syirik seperti mana yang dikatakan oleh pemuda tadi?

Jawapan:Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah daripada pembahagian-pembahagian yang baru yang tidak datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang pertama yang menciptanya - mengikut pendapat yang masyhur - ialah Syaikh Ibn Taimiyyah, semoga Allah swt merahmatinya. Ia kemudian diambil (dikembangkan) daripadanya oleh sesiapa yang memperkata tentangnya selepas itu. Dan yang hasil (apa yang boleh difahami) dari perkataannya (perkataan Syaikh Ibn Taimiyyah) dalam perkataan itu ialah: Sesungguhnya Rububiyyah adalah mentauhidkan Allah swt dalam perbuatan-Nya, dan Uluhiyyah ialah mentauhidkan Allah swt dalam perbuatan hamba. Dan sesungguhnya kedua-duanya, apabila bersama, berpisah dan apabila berpisah, bersama maksudnya: Sesungguhnya setiap salah satu dari keduanya, mengandungi/meliputi yang lain ketika dibahaskan satu-satu dan dikhususkan maknanya ketika dibezakan perbezaan istilahnya kerana uluhiyyah mengandungi Rububiyyah dan Rububiyyah melazimkan Uluhiyyah.  Perkataan (beliau) ini jika sampai kepada perbahasan sebegini, tidak ada apa-apa masalah padanya. (Apa yang menjadi masalah ialah) melainkan dia (Syaikh Ibn Taimiyyah) telah melampau dalam dakwaannya bahawa tauhid ini (iaitu Tauhid rububiyyah) tidak cukup dalam perkara keimanan kerana orang-orang musyrik juga mengakui Tauhid Rububiyyah. Dan kebanyakan kumpulan umat ini yang terdiri dari Mutakallimin dan selain dari mereka telah merasa cukup tentangnya dan mereka mengambil mudah tentang Tauhid Uluhiyyah.

Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan keimanan adalah pendapat yang bid'ah, yang bertentangan dengan ijma' umat islam sebelum Ibnu Taimiyyah. Ia malah bertentangan dengan perkataannya sendiri yang mengatakan sesungguhnya Tauhid Uluhiyyah mengandungi Tauhid Rububiyyah, dan sesungguhnya Tauhid Rububiyyah melazimkan adanya Tauhid Uluhiyyah kerana kaedah mengatakan: "Terbatalnya yang melazimi, menunjukkan atas terbatalnya yang dilazimi. Maka, jika orang-orang Musyrik tidak mengakui Tauhid Uluhiyyah, maka tidak betullah dakwaan selepas itu yang mengatakan mereka (orang-orang musyrik) mengakui Tauhid Rububiyyah pula kerana kaedah mengatakan: "Perlunya ketiadaan yang dilazimi dengan ketiadaan yang melazimi. Dan apabila diterima pengakuan orang-orang Islam dengan Tauhid rububiyyah, maka tidak boleh untuk mendakwa bahawa mereka (orang-orang Islam) tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyyah pula kerana menjadi kemestian untuk kedua-duanya saling melazimi (berkait) di antara satu dengan yang lain. Oleh itu, bagaimana mengkin mengithbatkan (menetapkan adanya) yang dilazimi sedangkan yang melazimi tidak ada?! Dan sesungguhnya Ahli Ilmu telah bangun menolak pendapat ini dan mereka menerangkan tentang kefasadannya dan menerangkan bahawa ia (pembahagian Tauhid sebegini) adalah batil (tertolak), tidak ada dalil atasnya. Dan sesiapa pun boleh dibetulkan pendapatnya melainkan Nabi saw."

Pendapat Ulama':
Ringkasan pendapat Al-Allamah al-Mufassir al-Muhaddith, Syaikh Yusuf ad-Dijwi, Ahli Lembaga Majlis Ulama' Besar Al-Azhar tentang Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah:
1) Pembahagian ini tidak wujud sebelum zaman Syaikh Ibnu Taimiyyah, dan tidak pernah di dengar dari seorang pun ahli Salaf dan ia tidak logik pada akal.

2) Rasulullah saw tidak pernah berkata kepada seorang yang memeluk Islam umpamanya: "Sesungguhnya terdapat dua tauhid. kamu tidak lagi dikira sebagai seorang Muslim, sehinggalah kamu bertauhid dengan Tauhid Uluhiyyah."

3) Pembahagian ini tidak ada makna kerana Ilah yang benar adalah Rabb yang benar juga, begitulah Ilah yang batil adalah Rabb yang batil juga. Ilah yang disembah mestilah memiliki sifat Rububiyyah. Tidak ada maknanya menyembah Ilah yang tidak memiliki sifat tersebut. Firman Allah swt:


"Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Oleh itu sembahlah Dia dan bersabarlah dengan tekun dan tetap dalam beribadat kepadaNya."
[Surah Maryam: 65.]
4) Pendapat yang mengatakan bahawa orang Musyrikin bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah tetapi tidak dengan Tauhid Uluhiyyah ditolak dengan beberapa hujah:

a) Firman Allah swt:
"Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan mereka yang mentakbir (Arbab) selain Allah." 
[Surah At-Taubah: 31]
Ayat ini dengan sangat jelas sekali menunjukkan kaum musyrikin tidak sekali-kali bertauhid dengan Tauhid rububiyyah kerana mereka mengaku pendeta-pendeta ada ahli agama mereka sebagai Rabb mereka.

b) Firman Allah swt:
"Dan dia tidak pula menyuruh kamu menjadikan Malaikat dan para Nabi sebagai Arbab (tuhan-tuhan)."

[Surah Ali Imran: 80]
Ayat ini menunjukkan bahawa orang Musyrikin mempercayai Arbab (banyak tuhan). Ini menunjukkan mereka mereka tidak bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah.

c) Firman Allah swt:
"Wahai sahabat sepenjaraku berdua, memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa?"

[Surah Yusuf: 39]
ini adalah seruan Nabi Yusuf kepada 2 orang sahabat Baginda di dalam penjara kepada Islam. Jelas di dalam ayat ini bahawa seruan Nabi Yusuf ialah kepada Tauhid Rububiyyah (dalam ayat digunakan Arbab bukan Alihah), kerana bagi Baginda tidak ada pembahagian Tauhid Rububiyyah atau Uluhiyyah.

d) Firman Allah swt:
"Sedangkan mereka kufur kepada Ar-Rahman (Allah). Katakanlah: Dia (Allah) adalah Rabbku (Tuhanku)."

[Surah Ar-Ra'd: 30]
Ayat ini menunjukkan mereka kufur kepada Allah swt.

e) Firman Allah swt:
"Tetapi aku sendiri percaya dan yakin bahawa Dialah Allah, Rabbku (Tuhanku)."

[Surah Al-Kahfi: 38]
Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang mengingkari Rububiyyah Allah swt.

f) Firman Allah swt:
"Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah dalam kesesatan yang nyata, kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan (Rabb) sekalian alam."

[Surah Asy-Syu'ara': 97-98]
ini adalah perkataan orang Musyrikin pada hari Qiamat yang mengakui bahawa mereka menjadikan sembahan-sembahan mereka sebagai Arbab (tuhan-tuhan).

g) Firman Allah swt:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik): Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman, mereka bertanya: Siapakah Ar-rahman itu?". Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kepada kami? Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar."

[Surah Al-Furqan: 60]
jika diamati, adakah orang yang bertauhid Rububiyyah mengelurkan perkataan seperti ini?

h) Firman Allah swt:
"Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kekuasaanNya), padahal Dia amat keras azab siksaNya."

[Surah Ar-Ra'd: 13]
Semua ayat ini menunjukkan bahawa orang Musyrikin atau orang-orang kafir tidak mempunyai Tauhid Rububiyyah. Terdapat ayat lain yang menunjukkan tidak ada perbezaan di antara Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah ini, antaranya:

i) Firman Allah swt:
"bukankah Aku Tuhan (Rabb) kamu? Mereka semua menjawab: Benar."

[Surah Al-A'raf: 172]
Disini digunakan perkataan Rabb (tuhan), bukan Ilah (tuhan). Ini kerana Rabb adalah Ilah, dan Ilah adalah Rabb. Tidak ditanya umpamanya:

j) Firman Allah swt:
"Fir'aun berkata: Akulah Rabb (tuhan) kamu yang tinggi."

[Surah An-Nazi'at: 24]
kemudian Fir'aun berkata lagi:
"Fir'aun berkata: Demi sesungguhnya, jika engkau menyembah Ilah (tuhan) yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau termasuk di kalangan orang-orang yang dipenjara."

[Surah Asy-Syu'ara: 29]
Fir'aun dalam 2 dialog ini menggunakan perkataan Rabb dan Ilah untuk menisbahkan kepada dirinya sebagai tuhan, kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama. Di dalam hadith disebutkan bahawa Malaikat Mungkar dan Nakir akan bertanya kepada penghuni kubur dengan: (Siapa Tuhanmu?), Tidak ditanya: (Siapa Tuhanmu?). Ini kerana Rabb bermaksud Ilah juga.

5) Antara hujah digunakan oleh golongan yang mengatakan bahawa orang-orang Musyrikin juga bertauhid Rububiyyah ialah ayat dibawah:
"Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang syirik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang menjalankan matahari dan bulan, sudah tentu mereka akan menjawab: Allah Maka, bagaimana mereka sanggup melakukan permbohongan."

[Surah Al-Ankabut: 61]
Sebagai menjawabnya: Mereka hanya berkata dengan lidah tetapi tidak disertai dengan hati kerana pada ketika itu mereka tidak mampu menjawab dalam ketika berhujah. Buktinya ialah:
a) Di akhir perkataan mereka, dalam ayat yang lain, menunjukkan tipuan dan pembohongan pengakuan mereka itu iaitu ayat: (Maka, bagaimana mereka sanggup melakukan pembohongan)
.
[Tafsir Al-Qurthubi dan Intabih! Dinuka fi khathor (Agama Dalam Bahaya), ms 30]
b) Mereka mengatakan selain Allah swt (termasuk berhala) boleh juga memberi manfaat dan mudarat, contohnya:
"Kami hanya boleh berkata bahawa setengah daripada tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu (Nabi Hud) sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu).

[Surah Hud: 54]
c) Mereka sebenarnya jahil tentang Allah swt dengan mendahulukan selain Allah swt (termasuk berhala) sekalipun dalam perkara-perkara yang kecil, contohnya:
"Ini untuk Allah mengikut anggapan mereka dan ini untuk berhala-berhala kami. Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah) dan apa yang telah ditentukan untuk Allah, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakan pada jalan itu)."

[Surah Al-An'am: 136]

Ringkasan pendapat Al-Allamah al-Muhaqqiq Dr. Abdullah Mani' al-Himyari, Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam, Dubai tentang Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah: 

1) Imam Ahmad bin Hanbal yang dikatakan menjadi tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid bid'ah ini, tidak pernah menyatakan bahawa tauhid itu mempunyai beberapa bahagian; Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' wa Sifat. Beliau juga tidak pernah menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui Tauhid uluhiyyah, tidak dikira makrifatnya terhadap Tauhid Rububiyyah kerana Tauhid Rububiyyah ini telah diketahui oleh orang Musyrikin.

 2) Begitu juga tidak ada seorang pun daripada sahabat-sahabat Nabi saw berkata: "Sesungguhnya tauhid itu ialah Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah, dan sekiranya seseorang tidak mengetahui tentang Tauhid Uluhiyyah, maka tidak dikira makrifatnya tentang Tauhid Rububiyyah kerana Tauhid Rububiyyah ini telah diketahui oleh orang Musyrikin." 3) Tidak ada satu pun riwayat tentang perkara ini daripada seorang pun para sahabat walaupun dari riwayat yang lemah (Dha'if).
4) Tidak pernah Nabi saw bersabda dan mengajar para sahabat bahawa tauhid terbahagi kepada Tauhid uluhiyyah dan Rububiyyah dan Tauhid Rububiyyah itu diketahui oleh orang Musyrik.

5) Sekiranya tauhid terbahagi kepada tiga bahagian, sudah tentulah Nabi saw menyeru manusia (termasuk orang-orang Musyrik) kepada hanya Tauhid Uluhiyyah, bukan Tauhid Rububiyyah kerana orang Musyrikin - seperti yang didakwa -sudah mengetahui Tauhid Rububiyyah.

6) Al-Quran sendiri tidak menbezakan antara Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Apa yang diperintahkan Allah swt kepada NabiNYa adalah Tauhid secara Mutlaq.
 

"Ketahuilah bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah." [Surah Muhammad: 19]
7) Pendapat yang mengatakan bahawa orang-orang kafir dan musyrik sejak zaman berzaman adalah ahli Tauhid dengan Tauhid Rububiyyah dan para Rasul diutuskan hanya untuk Tauhid Uluhiyyah sahaja adalah pendapat yang menutup pintu kebenaran dan hakikat, menyelahi akal dan Syara' dan mendustai penjelasan daripada nas-nas Al-Quran dan Sunnah. Perkara ini juga perkara Bid'ah yang sesat dan tidak terdapat pada umat Salaf yang terawal. Tauhid ini menruntuhkan aqidah dan saling berlawanan.

8) Hujah bahawa orang musyrik tidak bertauhid Rububiyyah:
a) Akal:
Jika mereka bertauhid Rububiyyah, mereka hendaklah beri'tiqad dengan i'tiqad yang jazam (teguh dan pasti) pada keesaan Allah swt dalam ciptaanNya, perbuatanNya, memberi manfaat dan mudarat.... sedangkan mereka juga menyembah selain dari Allah swt, mempercayai berhala boleh mendatangkan manfaat dan mudarat. Semua ini menafikan Tauhid Rububiyyah.

b) Naqal (Nas):
Nas-Nas Syariat secara jelas, terang dan qath'i (putus) menyatakan bahawa orang Musyrik pada setiap masa dan tempat tidak bertauhid Rububiyyah, malah mereka tidak bertauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah, kerana kedua-duanya adalah perkara yang satu. Antara dalilnya:
i) Orang Musyrik ketika ditanya kenapa mereka menyembah berhala selain Allah swt, mereka menjawab:


"Tidak kami menyembah atau memuja mereka (sembahan-sembahan mereka), melainkan supaya mereka mendapingkan kami kepada Allah dengan sedamping-dampingnya." [Surah Az-Zumar: 3] 
jelas mereka beri'tiqad bahawa berhala-berhala mereka mempunyai kuasa memberi hidayah kepada mereka dan mendekatkan diri mereka kepada Allah swt. Di manakah tauhid mereka jika bertauhid Rububiyyah?

ii) Begitu juga dialog orang Musyrik dengan Nabi Hud a.s:
"Kami hanya boleh berkata bahawa setengah daripada tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu (NAbi Hud) sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu)." 
[Surah Hud: 54]
Jelas mereka percaya berhala boleh mendatangkan mudarat atau manfaat. Ini menafikan Tauhid Rububiyyah.

iii) Firman Allah swt:
"Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai tuhannya (rab) kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku (Rabbi) ialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Dia (Namrud) menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan."
 [Surah Al-Baqarah: 258]
Namrud mendakwa mempunyai sifat Rububiyyah seperti mempunyai kerajaan, kekuasaan dan pemerintahan. Dia juga mendakwa boleh menghidupkan dan mematikan. Ini bermakna orang kafir tidak bertauhid Rububiyyah. Firman Allah swt dalam Surah Yusuf, ayat 39 (sudah dijelaskan sebelum ini). Firman Allah swt dalam Surah An-Nazi'at, ayat 24 (sudah dijelaskan sebelum ini). Firman Allah swt:
 

"Dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan (Rab) mereka." 
[Surah Al-An'am: 1]
orang-orang kafir telah menyamakan Rububiyyah Allah swt dengan sembahan-sembahan mereka dalam urusan penciptaan, taqdir, tadbir, perbuatan dan lain-lain.

9) Soalan di dalam kubur ialah: (Siapakah Rab (Tuhan) kamu?) (Sudah dijelaskan sebelum ini).
 

10) Dalil orang yang berpegang dengan pembahagian tauhid: Mereka berdalil dengan Surah Az-Zumar, ayat 38 (sudah dijelaskan sebelum ini), SUrah At-Taubah, ayat 8 dan ayat-ayat lain yang serupa yang banyak terdapat di dalam Al-Quran.
 

Sebagai Jawapan:a) Mereka mengaku dengan lidah akan kewujudan Allah swt ketika berhujah, tetapi hati mereka mengingkarinya.

"Mereka menjadikan kamu bersenang hati dengan mulut mereka, sedangkan hati mereka menolaknya."

[Surah At-Taubah: 8]
Dengan hanya mengakui Allah swt sebagai pencipta langit dan bumi sedangkan masih mempercayai tuhan-tuhan lain bersekutu dengan Allah swt dalam menjadikan sesuatu, mendatangkan manfaat dan mudarat, bukanlah dalil menunjukkan Tauhid Rububiyyah, malah syirik dalam Tauhid Rububiyyah itu sendiri.
b) Sekiranya orang kafir dan musyrik tidak memiliki kepercayaan bagitu, nescaya mereka tidak akan menyembah tuhan-tuhan selain Allah swt.

11) Kesan pembahagian tauhid ini termasuklah membawa pergolakan dalam pemikiran dan hati orang ramai di samping menggoncang gambaran tauhid yang suci, membawa fitnah dalam masyarakat dan memecah belahkan masyarakat Islam.


Ringkasan pendapat Al-Allamah Abu Abdullah Alawi al-Yamani tentang Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah: 

1) Ilmu tauhid tidak mempunyai pembahagian. Ia terbina di atas kalimah tauhid: Persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan persaksian bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.

2) Dalil orang yang berpegang dengan pembahagian tauhid: Surah Az-Zumar, ayat 3, Surah Al-Ankabut, ayat 61 (dan lain-lain).
Sebagai jawapan:

a) Firman Allah swt:
"Kami tidak menyembah atau memujanya (berhala), melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihkan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan kesyirikan)."
 [Surah Az-Zumar: 3]
Ayat dengan jelas menyebut bahawa orang-orang musyrik menyembah berhala, malah di akhir ayat, mereka tergolong dalam golongan kuffar (orang-orang yang kafir). Bagaimana pula dikatakan mereka ini bertauhid Rububiyyah, sedangkan Al-Quran jelas menidakkannya?

b) Firman Allah swt:
"Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?, sudah tentu mereka akan menjawab: Allah, maka bagaimanakah mereka tergamak melakukan pembohongan?"

[Surah Al-Ankabut: 61]
Orang kafir mengatakan Allah swt adalah pencipta hanya ketika berbincang sahaja, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman dengan perkara itu. Di akhir ayat, jelas disebutkan mereka itu sebenarnya berbohong.

Bukti bahawa orang-orang kafir tidak bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah, firman Allah swt:
"(mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat?) Tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit, bagaimana ditinggikan binaannya?"

[Surah Al-Ghasyiah: 17-18]
Jika orang kafir bertauhid Rububiyyah, kenapa perlu lagi ditanya soalan-soalan sedemikian yang seolah-olah mereka tidak bertauhid Rububiyyah yang mengakui bahawa Allah swt lah pencipta? Firman Allah swt:

"Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan hidup silih berganti, dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan masa."
[Surah Al-Jathiah: 24]
Orang kafir percaya bahawa faktor masalah yang menyebabkan berlakunya kehidupan dan kematian. Ini sudah jelas tidak bertauhid Rububiyyah.

Al-Quran menjelaskan bahawa Firaun tidak bertauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah, yang pada hakikatnya kedua-duanya adalah sama.
"Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebagai tuhan (ilah) selain aku."
 [Surah Al-Qashash: 38]
Dalam ayat lain, Firaun berkata:
"Maka (fir'aun) berkata: Akulah Rabb (tuhan) kamu yang tinggi."
 [Surah An-Nazi'at: 24]
Dalam kedua ayat ini digunakan perkataan Ilah dan Rabb yang bermaksud tuhan. Ini kerana tidak perbezaan di antara keduanya.

Antara ulama' Al-Azhar yang menolak ajaran Tauhid Tiga:

1) Al-Allamah al-Mufassir al-Muhaddith, Syaikh Yusuf ad-Dijwi, Ahli Lembaga Majlis Ulama' Besar Al-Azhar. Beliau  telah mengeluarkan fatwa penolakan Al-Azhar terhadap Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah di dalam Majalah Nur al-Islam, Edisi tahun 1933, lidah rasmi Al-Azhar ketika itu. Fatwa beliau dipersetujui oleh ulama' Al-Azhar yang lain tanpa ada sebarang bangkangan. Sehingga hati ini fatwa tersebut masih diterima pakai.

2) Al-Allamah al-Muhaddith, Syaikh Zaki Ibrahim, mengeluarkan kembali fatwa tersebut di dalamMajalah al-Muslim, Majalah diiktiraf oleh Al-Azhar.

3) Syaikh Izz ad-Din Abu al-Aza'im juga memuatkan fatwa tersebut di dalam Majalah Islam Watan.

4) Al-Allamah al-Muhaddith, Syaikh Salamah al-Qudha'i al-A'zhami asy-Syafie di dalam kitabnya Al-Barahin as-Sath'iyyah fi Radd Ba'dh Bida' as-Saiyi'ah. Kitab tersebut mendapat pengiktirafan dan pujian Al-Allamah al-Muhaddith al-Musnid, Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari, ulama' besar dan muhaddith pada zaman tersebut.

5) Al-Allamah al-Muhaddith al-Musnid, Dr.Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani di dalam kitabnya Huwa Allah.

6) Sayyid Ala'uddin Abu al-Azhaim didalam kitabnya Yahud am Hanabilah?.

7) Al-Allamah Abu Abdullah Alawi al-Yamani di dalam kitabnya Intabih! Dinuka fi Khathor.

8) Al-Allamah Abu al-Hasanain Abdullah bin Abd ar-Rahman al-Makki asy-Syafi'e di dalam kitabnya Al-Qaul al-Wajih fi Tanzih Allah Ta'ala 'an at-Tasybih.

9) Syaikh Yusuf al-Bukhur al-Hasani, ahli fatwa di kanada.

10) Syaikh Siradjuddin Abbas, Ulama' besar Indonesia di dalam kitabnya Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

11) Al-Allamah Muhammad al-Khalil al-Khatib di dalam kitabnya Al-Wasilah wa at-Tawassul.

12) Al-Allamah Dr. Isa bin Abdullah Mani' al-Himyari, Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam, Dubai di dalam kitabnya Al-Fath al-Mubin fi Bara'at al-Muwahhidin min 'Aqa'id al-Musyabbihin, dan ramai lagi.

Di bawah tajuk: Tiga Pembahagian Tauhid Sebagai Faktor Dominan di dalam kitabnya Al-Ghuluw wa Atharuhu fi al-Irhab wa ifsad Al-Mujtama' (Ekstrem dalam Beragama: Pengaruh pada kemunculan Tindakan Terorisme dan Anarkis):
Al-Allamah al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki berkata:

"Di antara faktor terpenting dan dominan yang menjadi sebab munculnya ekstremisme adalah apa yang kita saksikan bersama pada metode pembelajaran tauhid dalam kurikulum sekolah (iaitu di Arab Saudi). Dalam materi tersebut terdapat pembahagian tauhid menjadi tiga bahagian: 1) Tauhid Rububiyyah, 2) Tauhid Uluhiyyah, dan 3) Tauhid asma' was Shifaat. (Padahal pembahagian seperti ini), Tidak pernah dikenal oleh generasi Salaf dari masa sahabat, Tabi'in mahupun Tabi'it Tabi'in. Bahkan, pembahagian dengan format seperti ini tidak terdapat dalam Al-Quran atau Sunnah Nabawiyyah. 
Jadi, pembahagian (taqsiim) tersebut tidak lebih merupakan ijtihad yang dipaksakan dalam masalah ushuluddin serta tidak ubahnya seperti tongkat yang berfungsi membuat perpecahan di antara umat Islam dengan konsekuensi hukumnya yang memunculkan sebuah kesimpulan bahawa kebanyakan umat Islam telah kafir, menyekutukan Allah swt, dan lepas dari tali tauhid.
 
Selanjutnya taqsiim ini juga akan sentiasa menjadi sarana yang mudah didapat untuk terus mengelurkan dakwaan-dakwaan dan keputusan sesuka hati tanpa didasari pemikiran dan renungan.
 
Taqsiim ini, terlepas dari penelitian apakah memiliki dasar dalam aqidah Islaamiyyah atau tidak, yang jelas dan sangat disayangkan kini telah menjadi dasar kuat (dan alat) untuk mengafirkan banyak kolompok Islam. Andai saja yang menjadi korban dari taqsiim ini hanya sebahagian orang, tentu bencana  sangat ringan dan mudah diatasi. Akan tetapi, musibah ini ternyata menimpa majoriti Umat; ulama' dan awam, pemikir, juga para sasterawan. (Dengan demikian), pada hakikatnya taqsiim ini merupakan goresan yang memotong tali hubungan di antara umat islam. Jika kita berniat membersihkan Makkah Madinah - dengan Standard pendapat mereka - dari orang-orang yang dicurigai sebagai pemilik kesyirikan, penyembah para wali, pengkagum Ahlu Bait, dan pengikut pemahaman umum dalam sifat-sifat-Nya, tentu akan terjadi penolakan terhadap banyak jama'ah haji dan para penziarah. Para jama'ah haji dan para penziarah tersebut, dalam musim-musim agama, berasal dari berbagai kelompok umat Islam yang seluruhnya mendapat sambutan dan pelayanan dari pemerintah serta kebebasan menjalankan apapun sesuai dengan prinsip (mazhab) mereka yang sedikit pun tidak bertentangan dengan syariat Islam. (Sungguh, betapa pun perbezaan itu ada), tetapi hanya berputar dalam masalah Khilaafiyyah, hal di luar yang sudah disepakati bersama (ijma') seperti halnya para pelaku kesalahan dan pelanggaran syariat. Para ulama' tidak pernah sepakat (berijma') mengafirkan pada pelakunya, kerana termasuk dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni apabila Dia disekutukan dan Dia memberikan ampunan kepada selain itu kepada orang yang Dia kehendaki." [An-Nisa': 48]
Dalam buku yang sama, beliau menyebutkan bahawa sebelum adanya silibus pelajaran aqidah dengan Pembahagian Tauhid kepada 3 bahagian, para ulama' dahulu telah menjalani method pengajaran dan pembelajaran cara tradisi melalui kitab-kitab turath yang bersih dan suci aqidahnya. Al-Allamah berkata:

"Ustaz Abdul Maqsud Khowjah menyebutkan bahawasanya dia dan teman-temannya telah belajar di Madrasah Al-Falah, di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi. Di tempat-tempat itu banyak pemuka-pemuka ulama', di antaranya Sayyid Alawi al-Maliki, Sayyid Amin al-Kutbi, Sayyid Ishaq Aziz, Syaikh Hasan al-Masysyath, Syaikh Muhammad Nur Saif, Syaikh Hasn Yamani, Syaikh Al-Arobi at-Tabani, serta Syaikh Yahya Aman.

Mereka semua adalah alumni dari kurikulum terdahulu. Mereka juga mengajarkan kurikulum itu. Tidak ada seorang pun dari mereka yang melampaui batas, ekstremis, atau teroris. Bahkan, mereka adalah para Imam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan Para pemuka ulama'..."


Kesimpulan:Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tidak boleh terpisah dan keduanya saling memerlukan dan melazimkan di antara satu dengan yang lain. Pembahagian Tauhid kepada Tiga seperti ini tidak ada dalam generasi Salafus Soleh
 
Adalah sangat bertentangan dengan ijma' bagi dakwaan yang mengatakan bahawa dengan Tauhid Rububiyyah sahaja, ia tidak cukup untuk menentukan keimanan seseorang.
 
Fitnah Takfir (kafir mengafir) yang timbul daripada pembahagian tauhid seperti ini adalah hakikat mazhab Khawarij (seperti mengafirkan orang yang bertawassul).
 
Tauhid Uluhiyyah yang dibicarakan boleh membawa kepada mengafirkan umat Islam yang bertawassul, bertabarruk, beristighathah dengan para Anbiya', Auliya', orang soleh dan lain-lain.

Tauhid Asma' Wa Sifat pula boleh mendorong untuk menjadikan ayat-ayat mustasyabihatsebagai asas tauhid dan membawa kepada aqidah tasybih dan tajsim.

Wednesday, 1 August 2012

WAHABI TANDUK SYAITAN


Banyak hadis sahih yang menceritakan tentang Tanduk Syaitan .Ada yang menyebut 2 Tanduk ada yang riwayat lain SATU tanduk atau 'Qaran " . Tanduk Syaitan : bererti segolongan manusia yang telah melakukan kerosakan serta malapetaka dan bencana yang maha dahsyat yang tidak pernah berlaku pada masa kini dan akan datang Siapakah mereka? Di mana mereka akan muncul? Apa yang mereka lakukan? Apakah tanda-tanda mereka?.Bagaimana pula rupa mereka? Maka di sini cukuplah di paparkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh para sahabat nabi dan juga tafsiran ulamak .

1. "Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Syam , Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Yaman : Mereka berkata : Ya Rasulullah doakan di negeri Najd pula. Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Syam , Ya Allah berkatilah bagi kami negeri Yaman . Ya Rasulullah doakan di negeri Najd pula. Kemudian Rasulullah bersabda di sanalah berlaku : Zalazilu wal fitan (malapetaka dan fitnah) dan di sana juga munculnya tanduk syaitan

Darjat Hadis.
Hadis ini adalah hadis sohih di keluarkan oleh Imam Bukhari no: 1037 - Bab Zalazil juga oleh Imam Muslim : Kitab Haji " no; 476, Imam Ahmad Juz 2, 3, 6, dan juga "Al-Muntaq' Al-Hindi Kanzul Ummal " no; 35116 dan 38158 dan Ibnu Asakir di dalam " Tahzib Tarikh Damsyik ", Ibu hajar di dalam "Majumuk Zawaid" , Khotib Al-Baghadi " Tarikh Bagdad " , Abu Nuim di dalam " Hilyatul Awliyak " juga Al-Munzir di dalam Targib wal tarhib, Imam As-sayuti " Jamul jawamik " NO 9836 

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidak mendoakan Najd,!!!!!!!!! (Riyadh) tiada ulama' juga awliyak, orang soleh di Najd (Riyadh) , kerana kawasan tersebut merupakan kawasan Badwi dan jelmaan Syaitan dan munculnya malapetaka apa yang akan di sebut sebentar lagi sebagai TANDUK SYAITAN merupakan tempat tinggal Muhammad Abdul Wahab, Abul Azizi Al-baz yang tinggal di Najd (Riyad) , juga Soleh Usimain serta Musilamatul kazab 


2. Bersabda nabi : Fitnah berlaku pihak Masyarik - diriwayatkan oleh Imam Bukhari "Kitab Fitnah" hadis 7092 bab ke 17 .


3. Dari Salim dari Bapanya dari Nabi s.a.w. bahawasanya ia berdiri di sisi mimbar maka ia berkata : "Fitnah akan berlaku di sana dan munculnya tanduk syaitan atau tanduk matahari"

Di keluarkan oleh Imam Bukhari no ; 7093 . Kitab Khamis bab ke 4, Kitab Istaq bab 27 , kitab Fitan Bab 16 , kitab Talaq bab 25 , Kitab Maghazi bab 74 , Kitab Manaqib bab ke 5 dan Kitab Bade Kholaq bab 11, 15. Juga Riwayat muslim no; 81 Kitab Fitan hadis no; 44 , 46-50.At-Tasmizi di dalam Manaqib bab 73 , Kitab Fitan Bab 79 , Al-Muwatuk : Kitab Isti' zak hadis no : 29 . 

4. Dari Nafik bin Ibnu Umar beliau dengar nabi bersabda semasa menghadap ke Masyarik 
(timur) : Tidaklah fitnah itu akan berlaku di sana nanti - sehingga munculnya tanduk syaitan "Hadis Bukhari no hadis : 7094 , hadis muslim no : 81 [Sama seperti di atas]

5. Di dalam Musnad Imam Ahmad no : 3679 dari Ibnu Umar dari Nabi Bahwa baginda berdiri di pintu Saidatina 'Asyiah maka ia menunjukkan tangannya ke Masyrik : lalu bersabda : Fitnah akan berlaku di sana sehingga meunculnya tanduk syaitan" - Isnad sohih - 

6. Sabda Baginda s.a.w. "Akan muncul segolongan manusia daripada Masyriq (Timur) mereka membaca al-quran akan tetapi tidak melebihi had ,dan mereka akan keluar daripada agama (sesat) umpama tersesatnya anak panah yang keluar dari busurnya dan tanda-tanda mereka adalah mencukuri rambut (botak)" 

7. Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a. daripada nabi s.a.w bahawasanya baginda bersabda "Ketua kaum kuffar di Masyriq (Nadj)

8 Di dalam riwayat yang lain sabda baginda lagi " Di sanalah akan keluarnya (munculnya) Tanduk Syaitan"

9. Sabda baginda lagi yang diriwayatkan oleh ibnu Umar " Di sanalah ( Masyriq ) akan berlakunya malapetaka dan fitnah 


Kesimpulannya
Dalam meneliti dari pelbagai aspek seperti nahu, saraf dan di mana baginda bersabda. Nabi berkata (Keluar atau Muncul) adalah Fei'el Mudhar' yang memberi erti : berterusan atau berturut-turut, kini dan akan datang!!!!!!! . Jadi boleh kita fahami bahawa selepas Musilamatul al-Kazab di Najd (Riyadh) akan muncul pula segolongan dari umat ini secara terus menerus dari TEMPAT YANG SAMA, DAN BERTERUSAN antara golongan yang pendusta agama yang TELAH muncul di Nadj (Riyadh) adalah :

1. Musilamatul Kazab ,- di Nadj (Riyadh)
2. Zu-Khuwaisirah at-Tamimi ketua Khawarij - Nadj (Riyadh)
3. Kasib b.Rabi', - Nadj (Riyadh)
4. Misar b. Fadki, - Nadj (Riyadh)
5. Al-Qaramitah - Nadj (Riyadh)
6. dan YANG TERAKHIR Muhammad Abdul Wahab an-Najdi, dari Bani Tamim seperti juga golongan Khawarij yang berasal dari BANI TAMIM , besar kemungkinan mereka adalah SATU qabilah juga dari Riyadh 

Syeikh Zaini Dahlan menyebutkan yang di maksudkan 2 tanduk syaitan dari Nadj (Riyadh) di dalam hadis itu adalah Musilamatul Kazab dan Muhammad Abdul Wahab . 
Jadi Kelima-lima golongan ini yang mashyurnya adalah Musailamtul Kazab yang di kurnaikan Irhas dan pada abad ini adalah Muhammad Abdul Wahab. 


TAHQIQ TANDUK SYITAN ADALAH WAHABI DAN SALAFI DI NAJD;

Di dalam sebuah hadis nabi yang begitu panjang menceritakan sekumpulan Pendusta Agama ' Akan datang segolongan dari kamu mereka yang menyeru ajaran Tauhid tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa, mereka membaca al-quran tidak melepasi ke tengorok (bukan dari hati) , dan mereka membaca al-quran tidak sama seperti kamu baca, mereka sembahyang tidak sama seperti mana kamu sembanyang dan mereka berpuasa tidak sama seperti kamu puasa ,mereka sesat dari agama Islam seperti tersasarnya panah dari busurnya ,kemudian nabi memberikan bentuk fizikalnya ,mereka mencukur rambut dan misai , manakala jubahnya di pertengahan betis kemudian mereka membunuh serta menuduh orang-orang Islam adalah penyembah berhala Kemudian nabi menyuruh kita apabila kita bertemu mereka, maka hendaklah kita memerangi mereka maka barang siapa yang memerangi mereka maka ia mendapat ganjaran yang besar , maka barang siapa yang terbunuh maka ia syahid" 

Hadis ini di keluarkan oleh Imam Bukhari di dalam " Alamat Nubuwah " dan juga Imam Muslim di dalam "Kitab Zakat, bab Tahzir pakaian dunia" An-Nasaei di dalam Khosis .Ibnu Majah Bab Khawarij , Hakim di dalam Al-Mustadrak juz 2 , Tarikh Baghdad juzuk ke 1 , Abu Nuim Hilyatul Awliyak juz ke 4. Hadis ini adalah hadis sohih .


Keterangan ;
Berdasarkan hadis ini maka tidak syak lagi golongan yang di maksudkan oleh nabi adalah salafi wahabi, kerana apa??? kerana golongan wahabi dan salafi ini menyeru ke jalan Tauhid tetapi sia-sia. Golongan wahabi membaca al-quran dengan fasih dan lancar akan tetapi hati mereka busuk dan najis, kerana itu golongan salafi wahabi ini apabila membaca Al-quran tidak sama dengan orang yang beriman dan ikhlas .

Begitu juga golongan wahabi ini solat mereka tidak sama dengan orang Islam yang lain , lihat saja solat mereka tidak membaca Basmalah yang tidak diajar oleh nabi, kemudian lihat sahaja jari telunjuk mereka bergerak-gerak dan memusing-musingkan ketika tahiyat akhir yang menganggu orang lain hendak bersolat, lihat sahaja i'tidal di samakan dengan qiam dengan meletakan tangan di pusat , dan kadang-kadang itu beriya-iya sehingga ke dada , qunut di katakanya bidaah. Membaca doa iftitah di katakan bidaah. Kemudian dalam solat banyak bergerak-gerak ke sana dan ke mari untuk membetulkan serban kita boleh lihat sendiri dalam solat tarawih (sebab ada kemera) Begitu juga berpuasa mereka hanya mendapat lapar dan dahaga sebab amalan mereka tidak di terima kerana hati mereka busuk dan kotor . 

Setelah itu nabi pun menerangkan ciri-ciri mereka iaitu kepala botak, maka golongan salafi wahabi di sini (Mesir, Saudi dan lain-lain) ini semuanya botak jikalau ada rambut pun pendek, begitu juga dengan misai, Manakala pakaian mereka macam mana??? jikalau antum hendak lihat pakaian mereka setakat betis kononnya hendak ikut sunnah, rupanya ikut syaitan, orang wahabi di Saudi pakai jubah di betis dan ciri yang terakhir mereka membunuh serta menuduh orang-orang Islam adalah penyembah berhala ciri inilah yang sering berlaku di saudi yang mengatakan bida'ah!!!!!!!!! syirik!!!!!!!!! atau peyembah berhala!!!!!!! sudah sekian ramai ulamak yang telah di bunuh oleh golongan wahabi laknatullah di Najd antara ialah Syeikh Zamzami dan banyak lagi yang terkorban . 


SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI

Para Ulama' Mekah, Madinah, Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri daripada kalangan ulama' yang mu'tabar yang sezaman dengan Muhammad Abdul Wahab seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-'Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi. Akhirnya para ulamak Mekah menghukumkan kafir dan wajib Amir Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan Wahabi) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu, barangsiapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi syahid. Akhirnya ijmak ulama' bersepakat tanpa khilaf menulis surat kepada Amir Mekah ,sebaik sahaja menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah, kemudian seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah [Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad 'al ar-Risalati an-Najdiyati m.s.84-86]

Jadi berperang dengan golongan wahabi berdasarkan hadis di atas juga fatawa ulamak Mekah pada zaman muhammad Abdul Wahab adalah wajib dan jikalau mati merupakan mati syahid. 


TAHQIQ MASYARIK ADALAH NADJ DI RIYAD (nama sekarang)

Hadis yang diriwayatkan oleh nabi itu umum iaitu Masyriq kemudian baginda mengkhususkan dengan sebutan Nadj. Para ulamak ada menyatakan bahawa Masyriq adalah Nadj, antaranya 

1. Shaikh Taqiuddin berkata; Masyriq (Timur) daripada pihak Madinah, adalah tempat di mana munculnya Musailamatul Kazab ,

2. Imam Qustalani berkata Masyriq adalah Nadj (Irsyad as-Saary 12; 626 cetakan Darul Fikr .Tahun 1410H) .

3. Shaikh Muhammad Idris al-Marbawi ulama Nusantara yang tidak asing lagi menyebut Nadj adalah negeri Wahabi yang keluar daripadanya orang-orang Wahabi sekarang yang memerintah Mekah dan tempat keluar Musilamatul al-Kazab yang mendakwa dirinya Rasul (sila lihat Kamus Idris al-Marbawi )

4. Di dalam Kamus Mu'jam Al-Asasi m.s 1174 Nadj -adalah Riyad merupakan kerajaan Wahabi yang pertama. 

5. Begitu juga nabi mengisyaratkan dengan tangan dan inilah dalil yang kuat menunjukkan bahawa Masyrik itu adalah Najd atau Riyad nama sekarang . 

6. Dalam Surah at-Taubah ayat 97 "Orang Arab Badwi itu lebih sangat kekafiran dan kemunafiqan dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada RasulNYA." 

Siapakah orang badawi di sini ??? jikalau bukan penduduk najd (Riyadh) ????? kerana itulah golongan wahabi dan salafi itu sangat kafir dan munafiq seperti firman Allah di atas yang tidak mengetahui hukum-hukum yang di turunkan oleh Allah . 

7. Begitu juga di dalam surah Al-Hujarat ayat 1- 4 " menceritakan ada seorang yang terpekik-pekik dan terlolong-lolong dan menyerit-menjerit di hadapan rumah baginda " lalu turun ayat supaya merendahkan suara, siapakah mereka???? tidak lain adalah penduduk Najd (Riyadh) yang kurang beradab sehingga sekarang golongan salafi wahabi kurang dan tidak lansung mempunyai adab dengan nabi, bagi mereka nabi sudah mati tiada apa manafat, nauzubillahi min zalik. 

8. Begitu juga kisah seorang penduduk badawi dari Najd yang kencing di Masjid nabi , siapakah dia jikalau bukan dari Najd (Riyadh) yang kencing merata-rata...!!!!!! 

9. Selain dari itu nama Najd adalah nama KHAS, bukan nama AM. Jikalau nama AM bererti tanah tinggi di mana negeri TANAH TINGGI ITU!!!!!!!! apabila iblis berkata : Aku dari NAJD bereri aku dari TANAH TINGGI. Jadi Najd adalah nama AM nama negeri sekarang adalah RIYAD bukan nama KHAS 


PERJANJIAN SYAITAN 
Ketika mana mereka berkumpul di 'Darul Nadwah' sebagaimana yang telah di janjikan, lalu datanglah Iblis berdiri di hadapan pintu menyerupai Shaikh Najd, kita ikuti perbualan ini

Quraisy: Siapa Shaikh?
Iblis: Shaikh dari Ahli Najd didatangkan dari Mekah, aku dengar pertemuan kamu maka aku hadir untuk mendengar apa yang kamu bincangkan, moga-moga aku boleh memberi cadangan dan nasihat. 
Quraisy: Baiklah, silalah Masuk! maka Iblis pun masuk bersama mereka dengan menyerupai seorang Shaikh Najd, setelah mereka berbincang maka berkata sebahagian daripada mereka.  Abu al-Bahtari; 'Kita penjarakannya (Nabi Muhammad) Ibnu Hisyam; Kita kunci pintu rumahnya, (Nabi Muhammad) 

Keterangan:
Ini adalah catatan ringkas pakatan jahat antara orang kafir dengan iblis yang menyerupai Shaikh Najd untuk membunuh nabi., sudah pasti antum ingat kisah ini, bagaimana Abu Jahal dan rakanya memerintahkan untuk memenjarakan nabi ada pula yang suruh menyingkirkan nabi dan akan tetapi Iblis menyuruh membunuh . 

Dari kisah ini dapatlah kita ketahui bahawa Syeikh Najd (Riyadh) itu adalah iblis lakatullah yang menjelma sebagai manusia, dari mana ia datang????? tidak lain dari tentu sahaja dari Najd (Riyad). Iblis berkata: Aku ahli Najd (Riyadh). maka diri sini kita dapat ketahui bahawa Iblis dari ahli Najd (Riyadh) telah lama berlaku sejak zaman nabi maka tidak mustahil ia akan muncul semua selepas ini. 

Sila rujuk (Bidayah wan-Nihayah jilid 2 m.s. 557 & As-Sirah an-Nabawihah ibnu Hisham jilid 2 m.s. 157 Bab Hijrah & Dalaail an-Nubuah & Mukhtasar sirah ar-Rasul Muhamad Abdul Wahab tahun 1408 m.s. 125 ) 

Sekian wassalam 


p/s; Malangnya golongan Wahabi cuba memesongkan fakta ini, dengan mengatakan Najd, yang di maksud oleh nabi adalah Baghdad, kerana itulah tentera Saudi menyerang Iraq di Baghdad, pada tahun 1990 sebenarnya di Baghdad adalah Najaf bukan Najd. Jikalau anda meneliti peta Arab Saudi sudah pasti kedudukan Nadj di Timur berhampiran dengan persisiran Teluk. Golongan ini cuba menukar beberapa istilah Nadj kepada Riyad nama sekarang dan Hijaz kepada Saudi, hatta jikalau anda sebut Wahabi di Mekah atau di Madinah secara terang -terangn pasti anda akan ditanggkap, begitu hinanya dan marahya golongan ini sekarang ni dah tukar ic jadi Salafiyah sedangkan Salafi yang di maksudkan oleh Nabi hanya setakat kurun ketiga inilah di pembohong besar .